بسم الله الرحمن الرحيم.
In the Name of God, The Most Gracious, The Most Merc

Apa yang kamu korbankan?

kredit video nih untuk Amry,
*eh, baby gurl ko makin comey tak skg?*





suka tengok video nih :)

Semalam

* * *
Awal-awal pagi aku ke sekolah, amek semua kerja-kerja yg melambak-lambak. giler lah. "Ini bukan cuti namanya!" Adehh..sambil sempat menegur dua kakak kesayangan, "Kak Mas, Kak Sham, sorry tak dapat teman, adik ada hal lah," Huhu. Rasa tak best lak tak dapat bergosip dengan diorang.hehe. Aku jenguk ke dewan, pengawas sedang baca arahan peperiksaan, Hari ni paper add-math. Ada bape kerat je yang amek. "Gudluck yer adik-adik!"

* * *
Aisha datang dengan potongan rambut baru. dan merengek-rengek minta tinggal dgn aku. Alahai...sian je rasa. Sorrylah sayang, ayong banyak kejelah. Kalau ada kamu nanti, tak jadi keje nanti dok men loncat-loncat sambil nyanyi air pasang malam. Itu tak masuk lagi kalau ayong tergode tengok muke kesian kamu nak tengok tom n jerry dan lagu ABC. takleh-takleh. huhu.Sorry yer Mok! hehe

* * *
Dilla ym, offer keje kat tempat dia. GIS company kat shah alam..huhu Hati yang separuh-separuh tahu! Aku hantar je kot resume tuh. Belum tentu dapat, nak suruh Ateng minta sekali, dia pun sibuk cari keje tuh. dan Lina memujuk suruh mintak keje tuh. Adehh..sungguh serba salah, sebab confident aku lansung takde kat kos aku nih.huhu. tapi demimu lina, aku hantar jugak eh! *sila muntah hijau lina!* haha

* * *
Sempat berfesbuk dengan Mamai, janji nak jmpa mingu2 depan. hehe. Lama lagi. tapi takpe, asalkan jumpa!
dan menunggu budak kecik on9 sampai tertido-tido aku.huhu. Sorry wei, tak larat dah nak tunggu.huhu.
Ohh...entry Untuk Kamu Sayang tuh menimbulkan banyak gosiplah.hehe. Kawan-kawan, jangan salah sangka oke, jangan berpikir yang bukan-bukan! Itu cume tulisan kasih sayang seorang sahabat, seorang kakak ke adik :P So, jangan jeles-jeles oke, sorry Lisa, memang lansung takde niat nak buat kamu terase. Maaf!

* * *
Lya, chaiyookk tau! hehe. takmau citer kat sini. *rahsia bersama*

* * *
Ada dua kematian semalam. Anak Ayah Alang, Ayah Kak Sham.
Terdiam kejap aku. Terbayang dekat kak sham, sebab pagi tadi baru jumpa. ak pergi jenguk, jauhlah pulak kat pahang. Adehh..
Sungguh, paling aku benci melihat air mata tumpah, sebab aku tahu, rasanya sakit.
Sepertinya rasa aku kehilangan opah dulu,
Macam aku kehilangan Eg,
Hilang adik Atikah,
dan rasa sebak hilangnye Copin..


Ahh....rindu!. *air mata..tolonglah...jangan tumpah lagi...hati aku belum cukup kuat nak lupakan dia.*

Al-fatehah!

Lagu Hati


 perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

                                      biar jiwa, fynn jamal

                     
Malam ini aku akan sunyi, tanpa
         nafas manja kamu,
         benci mengada kamu,
         getar ketawa kamu,
Malam ini aku akan sepi, hanya
         peluk hangat kesukaan aku,
                                           tiada.
Demi hati yang tersiat-siatkan,
                 mimpi ini aku bunuh dulu.

                                  rasa ini, robot

Untuk Kamu Sayang

*Entry spesel lagi, sila pangkah kalau tak suka. Ahh..yang nih, lansung takde gambar :P*
Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa. ingat nak buat macam entry khas ini, tapi macam tak spesel lak nanti. Entry nih kena spesel, sebabnya orangnya spesel :)

Aku godek-godek entry lama-lama. Ahh..sebelum-sebelum nih pun aku dah bercerita pasal budak kecik nih rupenya..ada kat sini, sana, dan situ.hmm..nak citer ape eh...hehe. *mati idea* Haih..

Perkara-perkara yang paling aku ingin kamu tahu!

#1 tangkap gambar berdua
seyes nih mmg aku teringin giler-giler nak buat. *padahal tangkap gambar je pun*
macam senang, tapi adehh..setiap kalinya kita berdua didepan kamera, tersenyum bagai nampak taman syurga, tapi akhir yang dapat? cuma memoir yang sebentar itu. gambarnya? pasti rosaklah, filem tak ada lah. Haih.. *kenapalah susah bebenor nak 'matikan' memoir itu?* huhu

#2 duduk melukis bersama
kalaulah dibagi ke aku, peluang mengulang perkara-perkara yang kita pernah buat bersama dulu, aku sungguh pingin buat yang ini! hehe. duduk melukis masa kelas LK, aku sebelah kanan, kamu sebelah kiri. Masih sama setiap kalinya kelas, takkan berubah. tak pernah bertukar, sebab rutin kita setiap kalinya kelas, berborak sambil tangan ligat melukis. bercerita mengenai hati, saling mengutuk sesama sendiri, berborak sehingga habisnya waktu. dan bila saatnya waktu terhenti..aku akan mengeluh dalam hati.."haih..kena tunggu minggu depan kalau nak manyakat kamu lagi.hehe"

#3 outing, mertabak dan pesanan ringkas
benda yang paling aku rindu :) setiap kalinya bulan puasa, pasti aku ingat(rindu) kamu. rindu mertabak yang setiap kalinya kamu bagi ke aku bila outing :) sambil kita bertukar hidangan, dan kamu saling memesan memberi itu ini pada gadis kesukaan. Hehe. Paling aku rindu sms-sms kamu, cukup hanya "bot, ko sihat?". Hanya itu pun sudah buat aku senyum tahu? hehe. teman yang ada bila aku rasa payah masa di matrik dulu. teman yang setia mendengar aku cerita pasal hal apa-apa saja. dan setiap kalinya menelefon aku dengan tiba-tiba, dan jawab "aku tibe-tibe rasa tak sedap hati, ko ok ker?" alahai...sangat manis tahu? hehe. sungguh, tak perlu banyak sebab kenapa aku rindu ke kamu :)

#4 bawa ke rumah, jumpa keluargaku
aah..ini paling aku benci. sebab selalunya bila berjanji, pasti kita saling tiada masa. aku pingin benar bawa kamu ke rumah. duduk berkenal dengan orang tua ku.(mana aci hanya aku ke rumah kamu!) *itu pun sbb raya :P* hehe. ada benda yang kamu perlu tahu, sayangnya aku ke kamu, samalah macam sayangnya orang tua ku pada kamu :) setiap kalinya result exam keluar, aku mesti bgtau " Mak, result dah kua!" dan kamu tahu jawapan mak aku? " Habis camner? Shah dapat bape?" tengok..sgt cemburu tahu! padahal kita bukan kos yang sama, bukan uni yang sama, bukan berpacaran atau apa. setiap kalinya apa saja berlaku, pasti mereka bertanya kan kamu! hehe

#5 kenakalan ku kerna kechentaan pada kamu
rahsia ini bukan rahsia lagi kalau kamu dah baca entry yang ini. sangat mintak maaf yer sayang, sungguh aku paling suka menyakat kamu :P maaf yer, kalau hari 'april fool' tuh buat kamu fobia nak bawak air ke kelas :P. dan perkara paling nak minta maaf kalau kamu rasa aku berlaku tidak adil menolong kamu memikat gadis-gadis kesukaan :) sungguh, itu sajalah terdaya aku. susah benar berkawan dengan kamu (kegilaan ramai orang). macam prihal aku dipanggil kakak senior di waktu prep, hanya semata-mata mahu bertanya, "ko ada paper tak dengan shah?" aku dalam hati.."hah?" semata-mata itu jer? dan diberi amaran supaya jangan terlalu rapat, dan menjadi posmen untuk kakak angkat kamu :P dan sepertinya hal aku terpaksa berterus terang hal-hal kita berdua yang selalunya buat orang cemburu dan salah sangka, "korang nih couple ker?" "ko suka kt shah ke bot?" Adehh..sungguh penat nak menjawab soalan-soalan tuh, penat nak menjaga hati-hati perempuan kesukaan kamu. sebaik mungkin aku tak mahu sapa-sapa terasa, sehabis baik aku tak mahu peminat-peminat kamu kecewa dengan adanya aku, seboleh-boleh aku mahu mereka semua paham, sepertinya kita yang saling memahami hubungan ini dipanggil apa. :)

cukup aku tulis sampai lima kot. tak perlu banyak untuk aku kisahkan hubungan tujuh tahun ini :)
Selamat Hari Jadi Sayang! Mau apa untuk hari istimewa ini? :P

 doa aku pada tuhan, terima kasih untuk pertemuan ini tujuh tahun dulu :)
     " Nama ape?"
     " Shah! Ko?"
     " Atul!"

*sungguh ayu je dulu guna nama Atul. haha*

Lagi jemputan?

Form4


Badan Pengawas,